Tugu Peringatan Lincoln
Tugu Peringatan Lincoln

Tugu Peringatan Lincoln

Tugu Peringatan Lincoln adalah tugu peringatan kebangsaan Amerika Syarikat (A.S.) yang dibina bagi memberi penghormatan kepada Presiden A.S. ke-16, Abraham Lincoln. Bangunan tugu tersebut terletak di hujung barat National Mall di Washington, D.C., merentasi Monumen Washington. Didedikasikan pada Mei 1922, memorial tersebut merupakan salah satu daripada beberapa tugu peringatan yang dibina bagi menghormati presiden. Tugu Peringatan Lincoln menjadi salah satu tarikan pelancong utama dan sejak 1930-an menjadi suatu pusat simbolik yang menumpukan pada hubungan kaum. Banyak ucapan-ucapan awam terkenal juga pernah diadakan di situ, termasuklah "Saya Mempunyai Impian" oleh pemimpin hak awam Martin Luther King, Jr. yang diadakan pada 28 Ogos 1963, semasa perhimpunan akhir Perarakan di Washington untuk Pekerjaan dan Kebebasan. Bangunan berseni bina neoklasik tersebut dibina mengikut bentuk kuil Dorik Yunani. Tugu peringatan itu mengandungi ukiran patung besar Abraham Lincoln yang sedang duduk dan inskripsi dua ucapan terkenal Lincoln iaitu Ucapan Gettysburg dan ucapan pelantikan keduanya. Arkitek memorial itu ialah Henry Bacon, manakala rekaan patung, Abraham Lincoln (1920) di bahagian dalam bangunan itu pula dihasilkan oleh Daniel Chester French; di mana patung itu diukir oleh Piccirilli bersaudara.[3] Pelukis mural bahagian dalam ialah Jules Guerin dan inskripsi di atas patung pula ditulis oleh Royal Cortissoz.

Tugu Peringatan Lincoln

Koordinat 38°53′21.4″N 77°3′0.5″W / 38.889278°N 77.050139°W / 38.889278; -77.050139Koordinat: 38°53′21.4″N 77°3′0.5″W / 38.889278°N 77.050139°W / 38.889278; -77.050139
Nama alternatif Memorial Lincoln
Pelawat 7,808,182 (2019)[2]
Disiapkan pada 1922
Pembinaan bermula 1914
Pecah tanah 12 Februari 1914; 108 tahun yang lalu (1914-02-12)
Ditambahkan ke NRHP 15 Oktober 1966
Lokasi Penghujung barat National Mall
No. rujukan NRHP 66000030[1]
Arkitek
Negara Amerika Syarikat
Gaya seni bina Kebangkitan semula Yunani[1] dengan gaya binaan neoklasik dan Dorik Yunani
Bandar/pekan Washington, D.C.
Jenis Tugu peringatan
Luas 27,336 kaki persegi (2,539.6 m2)